Follow | Dashboard


Staight to the point seorang yang tak berapa nak ikhlas. Bangga menjadi warga JDT tapi menuntut di Seremban. Semakin tua menjelang 13 Januari. BPP STUDENT Jomlah merepek bersama saya. Kbye

Entry | About | Credit


KITA JALAN
Assalamualaikum

hmmmm , penat tak ? aku penat . tapi best . no wonder aku stress semacam . pimple pon merata . naik menyirap aku . sehari dua ni angin macam kerja nak marah orang je . aku dekat sini slow sikit marah marah . kalau dekat rumah haaa memang dah terbalik kerusi meja tu . aku tak cukup tidur . kalau kau tengok aku ni macam dah terlebih tidur kan . tapi tak sebenarnya . sebab ? eiiii aku naik angin betul dengan zulaikha dengan adik dia ni . adik beradik sepesen je perangai . kenapa ? diorang dok set alarm tapi sekor pon tak bangun . yang bangun aku . diorang ? masih macam puteri beradu lagi . ei ei ei . rasa nak baling je handphone diorang tu . aku sampai amek bantal tutup telinga bagai . tu yang aku tak boleh tidur . diorang ni memang tidur mati betul , alarm sendiri pun tak dengar . yang aku ni memang kes cepat sangat buka mata .

kita jalan . zulaikha ada kelas tentang pemakanan dekat kfc seremban . aku ikut . saja mengedik . saja cuci mata . saja jalan jalan . dan hari khamis dia off day . hey seronok sungguh . mula mula tu solat subuh , mood aku tak baik . nak muntah pun ada jugak . errrr ._________. lepas subuh aku mandi , tak pernah pernah aku dekat sini lepas subuh mandi . sejuk . duduk dalam toilet berjam jam . sebab air sejuk sangat . zulaikha dah mekak mekak suruh cepat . sebab dia nak pergi seremban lagi . aku ingat maklang hantar . yela seremban kan . tapi , semua orang belum bangun , kecuali aku dengan zulaikha . lepas aku mandi aku tengok katil kosong . aku amek port tidur jap . malam tadi tak boleh tidur . bukan tak boleh tidur tapi tak lena . paham . dah dekat lima sepuluh minit , zulaikha kejut

aku bawak kereta kau nak ikut tak

nak .

ahhhhh senang betul aku cakap nak . sedangkan tengah penat tu . yela semalam tolong maklang kemas rumah baru . aku dah siap , dalam pukul 8 lebih jugak lah baru keluar rumah . nasib baik kelas dia pukul 9 . pulak kena jemput akim dekat taman sri pagi . dia kerja kfc forest height , tapi takde orang nak hantar . eh nasib aku ikut tau . kalau tak dia dua orang je dalam kereta tu . kay . dah hantar akim pergi kfc . terus pergi seremban . pusing punya pusing , zulaikha tak tahu kfc mana . call akim tak angkat . call kfc . orang tu cakap

dekat dengan wisma punca mas 

oh

dekat situ ada gereja . tahu tak

oh tahu tahu

menipu cousin aku ni . lepas letak call . dia cakap aku pun tak tahu ye kan je la . kita cari . memang suka amek risiko minah ni . dah pusing pusing , sebelum tu kitorang dah jumpa kfc tau , tapi kelas bukan dekat situ . benci , buat aje lah dekat situ . ada dua orang budak lelaki naik motor , diorang pun nak pergi kelas tu jugak , diorang yang pergi tanya staff kfc tu , diorang pun cerita lah , pung pang pung pang . aku cakap dengan zulaikha tunggu lah dengar sekali diorang cakap . bukan nak dengar tapi pergi start kereta , pakai jalan aje . dah tu jumpa dekat traffic light , dia pergi jerit , nasib dalam kereta . kitorang pun follow lah budak tu , sekali lampu merah .

jangan lah dia langgar lampu isyarat

sekali , memang betul dia laggar , eii , memang tau . kitorang hilang jejak budak tu . zulaikha dah mekak mekak . eh minah ni , hari ni kerja dia membebel aje . sakit telinga aku dengar . dia boleh cakap 

bijak kau ya pergi langgar lampu merah , bodoh aku naik kereta lah , sabar lah . eiii

aku gelak je lah . memang mulut dia ni mulut orang negeri . kay , kitorang cari sampai jumpa . tak lama pun . kejap je dah jumpa . memang menyakitkan hati betul zulaikha ni . aku dah nampak dah wisma punca mas tu . bangunan setinggi tinggi . aku nampak dulu , aku cakap lah

wei wei , tu wisma punca mas 

mana ? aku nampak ayam mas je bodoh

tu wisma punca mas bodoh . 

eh , haaaa betul la

main bodoh bodoh pulak cousin aku ni . angin aku satu badan . dah la tak makan pagi lagi . aku makan kau kang . dah sampai tu , kena bayar . aku masuk siling 50 , singgit . 2 jam . aku pergi kedai buku . SINARAN . haha tu lah nama kedai tu . jangan gelak kay . aku masuk . aku tak tahu nak beli apa . aku baru teringat si zulaikha tak bagi kunci kereta nanti macam mana aku nak duduk . nasib baik dia datang kedai tu sebab nak photostat .  jalan jalan , tengok tengok . nak beli ke tak nak . aku dah amek buku , duduk jap baca, sekali aku jumpa buku , 'bolehkah bercouple' . aku nak beli . tapi 18hinggit . mahal bohh . aku bawak 100 je . ehhh . aku tak beli pun , tapi aku amek gambar send dekat syuhada . dia ingat aku beli . gelak setan sikit . dah tu dia pergi post dekat moment , eeeeeeee mental . bukan ada pun bukunya . 

aku keluar kedai buku tu sebab bosan . aku ingat nak duduk situ sampai pukul 1tengah hari . tapi , eeee bosan lah buku dia dah tak banyak macam popular ke macam mph ke . lepas tu aku pergi kedai roti . wah wah wah nikmat oi dapat makan . aku dah lama nak makan roti mexico . hari ni jumpa jugak . alhamdulillah . keluar je kedai aku pikir nak makan kat mana ek . hmmm hmmm aku makan dalam kereta . sambil bukak radio kuat kuat macam nak pecah . aku jalan jalan makan angin sambil mengirup udara bandar . puihhh !

aku masuk lagi satu kedai buku . islam or india ? aku tak tahu . mybe india muslim . tapi bau keling ! eurghhhh ! cepat cepat aku keluar . dah jalan jalan aku ni jangan tak tahu , bukan tahu jalan balik pun . main aci redah je . nak suruh zulaikha jemput aku pegang kunci . hmmm . dah jalan jalan , sesorang kau . aku masuk kedai kasut . nak beli kasut baru . buat muka sedih . eeeeeeee

akhirnya ! jumpa the store . aku tengok tengok baju . ada 10hinggit . rasa nak beli . nafsu much . bila lah aku nak buang nafsu aku ni . dah melampau lampau . lepastu aku beli barang aku . keperluan bukan kehendak kay . kay the store lagi bosan . aku decided pergi jalan jauh lagi . sambil tu aku wechat syuhada . nasib ada teman walaupun dia jauh di johor tapi dekat di hati . hamboiiiii ! aku ternampak PARKSON oiii . terkinja kinja aku nak pergi sana . dengan melintas sesorang , pergi masuk pintu gerbang parkson . peh ! aku pikir jangan sampai aku tengok wayang sesorang ni kang . masa tu lebih kurang dalam pukul 11 lebih , macam tu lah . aku masuk semua kedai . eeeeeee rasa nak beli je . parkson terminal . aku naik atas , cuci mata , tengok baju , tengok kasut , tengok apa yang best .

suddenly kaki aku rasa macam nak tercabut . lenguh . penat . tired . ngantuk . rasa macam dah tak boleh jalan . masa aku jalan tu ada lah jumpa satu kumpulan budak lelaki . aku buat dont know . jalan jalan lagi , jumpa lagi . eee menyampah . aku masa tu dah pikir nak cari kerusi je . jumpa pun dekat dekat dengan toilet . nak masuk toilet pun kena bayar . nasib bersih . zulaikha call . aku ingat dia dah balik tau . yela nak mampus . aku dekat parkson , nak jalan mahu 20 minit baru sampai . rupanya , dia tengah break . eeee buat terkejut je . dia tanya aku dekat mana , cakap je dekat parkson amek kau terkejut dia . gelak sikit . aku cakap japgi aku balik .

lama jugak aku dekat dalam parkson tu , last last aku decided  nak keluar dari situ , kang makin lama aku dekat kat situ makin aku lupa jalan keluar . time nak balik tu pun aku salah pintu . redah aje lah janji aku keluar dari parkson anak son ni . haha . tapi aku tak terus balik kat kereta tapi aku duduk jap dekat tepi tepi kedai tu sambil menikmati ais krim mcd . terasa kelaparan . dah dekat 12.45 baru aku balik kereta . itu pun sesat . salah jalan rupanya . dah tu sampai je kereta dapat surat merah . what ?! saman . nasib 10 hingit kalau 50 ke 100 memang kerja aku cuci pinggan dekat majlas perbandaran seremban tu .

aku sampai rumah pukul 2 . zulaikha nak kerja pukul 4 . dia tidur aku makan . dia tidur aku pun tidur . penat . baru terasa penat . penat nauzubillah . kaki aku dah sakit . aku tidur sampai pukul 4.30 aku bangun nak pergi kedai sebab nak beli sabun . ajak lah si iman teman . aku pun lapar jugak nasib baik pau ada lagi . dapat makan . masa aku tengah bawak motor tu ada orang call . aku nak marah pun ada jugak , dah sampai kedai tu aku menyirap betul siapa yang call call aku banyak kali nih . rupanya ibu . mampus aku tak angkat pun . kang dia tahu pulak aku bawak motor . lepastu call lagi aku ingat ibu rupanya zulaikha . amenda dia ni . nasib aku tak maki maki time angkat call tu .  dekat kedai tu jumpa syera . dia tanya

sorang je

tak lah tak nampak anak aku kat belakang berderet tu

kay aku tipu je . aku senyum je takde sampai cakap like that . aku nak cepat cepat balik . aku nak pitam dah time tu . amenda lah aku ni , sikit sikit nak pitam . time dah sampai rumah ibu mesej

kat mana

tidur

solat dah

p

yela

makin bertambah dosa aku . terpaksa tipu ibu . memang aku tidur pun kan . tapi , aha entah lah . tipu sunat . untuk mengelakkan kerisauan orang . orang call tak kan tak sedar kot . mesti boleh angkat lagi kan . kalau ibu pikir macam tu , habis lah aku . ish ish ish

tapi aku dapat release masalah . dapat jalan . even sesorang . rasa heven gila . nanti boleh bajet bajet dengan budak ni , bila nak pergi parkson ke terminal ke nanti aku boleh bawakan . puihhhh ! amenda hazirah ni aiii . gila dah . panjang tak ? biar sakit mata kau nak baca . heeeeeeeeeeeeeeeee kbye

p/s : picture is not available . susah nak upload . kbye kbye kbye





Older post / Newer post